Kerjaya antarabangsa Alban Lafont

Lafont telah mewakili pasukan kebangsaan Perancis di pelbagai peringkat umur. Beliau telah melakukan enam penampilan untuk pasukan bawah-16 Perancis dan mengetuai pasukan itu pada tiga perlawanan berlainan. Beliau seterusnya melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-17 Perancis pada 20 Oktober 2015 ketika menentang Ireland Utara dengan mencatatkan jersi bersih pada perlawanan itu. Namun, Lafont tidak terpilih untuk mewakili Perancis ke Kejohanan Eropah 2017 kerana Toulouse menagih akan khidmatnya pada dua baki perlawanan terakhir Ligue 1 yang bergelut untuk mengelakkan penyingkiran.[25]

Pada September 2016, Lafont telah disenaraikan ke dalam skuad pasukan bawah-18 Perancis oleh pengurus Bernard Diomède untuk menghadapi Kejohanan Limoges 2016.[26] Beliau tampil sebagai penjaga gol utama Perancis dan menamatkan kejohanan itu di tangga teratas selepas meraih dua kemenangan daripada tiga perlawanan dan mencatatkan satu perlawanan seri.[27] Beliau telah ditawarkan untuk menyertai pasukan bawah-20 pada tahun berikutnya. Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama pasukan bawah-20 ketika menentang England pada 25 Mac.[28] Pada bulan Mei tahun yang sama, beliau telah disenaraikan untuk mewakili skuad Perancis yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 2017 yang berlangsung di Korea Selatan.[29] Sepanjang kejohanan itu, peranan penjaga gol saling berganti antara beliau dengan Paul Bernardoni sebelum kempen pasukannya berakhir di pusingan 16 selepas kecundang kepada Itali.[30]

Rujukan

WikiPedia: Alban Lafont http://rmcsport.bfmtv.com/football/toulouse-cinq-c... http://kwese.espn.com/football/france/story/312247... http://www.espnfc.com/club/toulouse/179/blog/post/... http://www.goal.com/en-za/lists/liverpool-goalkeep... http://www.goal.com/fr/news/6842/espoirs-du-foot/2... http://www.jslafarge.com/welcome.htm http://www.ligue1.com/ligue1/article/frustration-f... http://www.ligue1.com/ligue1/article/lafont-keeps-... http://www.ligue1.com/ligue1/article/testing-toulo... http://www.ligue1.com/ligue1/article/toulouse-pull...